Malaysia Vs Myanmar Highlights - 21.10.2011

Full Time: MALAYSIA U23 2 vs 1 Myanmar U23

GOL MALAYSIA: Syahrul azwari, Baddrol bakhtiar

Semangat pasukan B-23 negara kembali pulih apabila berjaya beroleh kemenangan semangat 2-1 ke atas Myanmar dalam Kejohanan Jemputan Piala VFF.

Bagaimanapun, gawang pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu bocor lebih awal akibat kealpaan pemain pertahanan.

Tersentak dengan gol itu, pemain muda negara segera memperkemaskan aksi mereka dan mencipta beberapa peluang menarik.

Selepas gagal menyudahkan peluang terhidang di depan gol di babak pertama, Skuad B-23 akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada 45 minit seterusnya menerusi
Syahrul Azwari Ibrahim.

Gol kemenangan negara pula terhasil lima minit sebelum masa sebenar berakhir. Baddrol Bakhtiar yang tidak dikawal sesiapa melepaskan rembatan padu yang dapat ditepis penjaga gol namun tonggak Kedah itu tidak mengulangi kesilapannya dengan tenang menolak masuk bola muntah tersebut.

Malaysia dijadualkan bertemu dengan pasukan B-23 Vietnam pada hari Ahad ini. Anda boleh saksikan highlights video Malaysia menewaskan Myanmar di bawah selepas membaca artikel ini sepenuhnya.




Laporan berita dari Astro Arena

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
back to top