Video - Malaysia 2-1 Taiwan Highlights & Gol 29 Jun 2011

Tahniah kepada Malaysia apabila menewaskan pasukan Taiwan 2-1 untuk kelayakan Piala Dunia 2014. Perlawanan ini adalah pusingan pertama dan agak malang, Malaysia bolos 1 gol di tempat sendiri dan ini memberi advantage kepada pasukan Taiwan apabila perlawanan pusingan kedua di Taiwan nanti.

Saksikan Highlights video Malaysia Vs Taiwan di bawah. Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Malaysia.

Gol pertama Malaysia (Safiq Rahim)



Gol Kedua Malaysia (Aidil Zafuan)



Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Malaysia Vs Taiwan Live Stream - Kelayakan Piala Dunia 2014

Siaran Langung Malaysia Vs Taiwan (Chinese Taipei)


Pada perlawanan untuk kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil, Malaysia akan bertemu pasukan Taiwan (Chinese Taipei) untuk perlawanan yang pertama di Stadium Bukit Jalil pada 29 Jun 2011 jam 8.45pm. Perlawanan kedua pula di tempat lawan pada 3 Julai nanti.

Jika pasukan Malaysia layak pada pusingan pertama ini, Malaysia akan bertemu pasukan Singapura pada 23 Julai dan 28 Julai nanti. Jurulatih pasukan Malaysia, Datuk K. Rajagobal telahpun menyenaraikan 23 pemain yang disenaraikan layak untuk beraksi untuk perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.

Senarai 23 pemain

Penjaga Gol

Khairul Fahmi Che Mat
Nasril Nourdin
Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan

Aidil Zafuan Radzak
Asraruddin Putra Omar
Fadhli Shas
Farisham Ismail
Helmi Remeli
Mahali Jasuli
Muslim Ahmad

Tengah

Amar Rohidan
Amirulhadi Zainal
Ashari Samsudin
K Gurusamy
S Kunanlan
S Chanthuru
Safiq Rahim
Shakir Shaari

Penyerang

Abdul Hadi Yahya
Ahmad Fakri Saarani
Baddrol Bakhtiar
Norshahrul Idlan Talaha
Safee Sali

Kita dapat lihat semua pemain yang mempunyai pengalaman dan skill yang tinggi beraksi untuk perlawanan penting ini. Aku harap semua pemain dapat memberikan persembahan yang menarik dan sekali gus menjaringkan sebanyak gol yang mungkin untuk bekalan apabila beraksi di Taiwan nanti.

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Video Malaysia Vs Lebanon 2-1 Highlights & Gol

Pada pusingan pertama, pasukan Malaysia seri 0-0 menentang Lebanon di Beirut. Pada hari ini (23 jun 2011) pasukan Malaysia akan menentang balik pasukan Lebanon di Stadium Bukit Jalil untuk pusingan ke-2 untuk kelayakan Olimpik yang akan datang.

Jika Malaysia menang perlawanan ini, malaysia akan layak ke pusingan akhir untuk kelayakan Olimpik.

Highlights video akan aku update selepas perlawanan tamat, so harap korang layan dulu video yang aku postkan ini di bawah.

Malaysia Vs Lebanon Highlights

Pada perlawanan separuh masa pertama, aku nampak kesungguhan pemain-pemain Malaysia untuk memenangi perlawanan ini. Oleh itu pada minit pertama sepak mula permainan, Pemain tengah Malaysia, Gary Steven Robert Banyak percubaan-percubaan yang dilakukan ke gawang Lubnan. Tetapi kesilapan kecil atau foul yang sepatutnya dilalukan oleh pemain Malaysia terlalu kerap berlaku. Pasukan Lubnan juga tidak banyak menguji kecekapan penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi kerana pemain-pemain Malaysia sungguh disiplin ketika bertahan. Gol pertama Malaysia dihasilkan oleh Irfan Fazail. Saksikan gol video di bawah.


MALAYSIA 2-0 Lubnan | Kelayakan Olimpik 2012 [Gol Irfan Fazail]




Gol kedua Malaysia dihasilkan oleh Wan Zack Haikal apabila menerima hantaran dari Gary Stevan Robert. Saksikan gol video yang dihasilkan oleh Wan Zack Haikal.

MALAYSIA 2-0 Lubnan | Kelayakan Olimpik 2012 [Gol Wan Zack Haikal]

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Video Lubnan Vs Malaysia 0-0 Highlights

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengikat perlawanan seri tanpa jaringan di Beirut kalayakan Olimpik. Pada separuh masa pertama, Malaysia cuma banyak bertahan dan cuma membuat serangan balas sahaja. Permaianan pada separuh masa pertama tampaknya dikuasai oleh pasukan Lebanon.

Pada separuh masa kedua pula, jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee cuba menukar taktik permainan dengan corak serangan dan menghasilkan beberapa percubaan cantik ke pintu gawang Lebanon.

Apa yang aku tengok dari perlawanan ini, memang nampak kesungguhan dan komitmen pemain-pemain Malaysia. Tapi aku rasa pasukan Malaysia kena perbaiki kelemahan yang sangat ketara iaitu passing dan ball control. Aku tengok banyak bola tidak dapat dikawal dan hantaran yang 'bersepah'. Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia.

Jumpa di perlawanan ke-2 di Stadium Bukit Jalil pada 23 Jun 2011 Malaysia vs Lebanon.

Video - Highlights Separuh Masa Pertama

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Lubnan Vs Malaysia Live Stream (Kelayakan Olimpik) 19 Jun 2011

Saksikan perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik pusingan kedua Lubnan Vs Malaysia live streaming. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Sport City, Beirut pada pukul 10 malam waktu Malaysia.

Untuk perlawanan ini siaran langsung hanya di chanel Astro Arena (801) dan tiada siaran langsung di tv1 kerana masalah hak penyiaran.

Jika korang nak tengok Malaysia menentang Lubnan secara live stream, korang boleh tengok di sini secara langsung secara online video. Jangan lupa menonton perlawanan ini, pusingan ke-2 kelayakan Olimpik Lubnan Vs Malaysia secara langsung.

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Keputusan & Highlights Malaysia 2-0 Myanmar 18 Jun 2011

Squad Malaysia dan Myanmar sebelum perlawanan

Keputusan perlawanan dan highlights Malaysia menentang Myanmar berkesudahan 2-0. Persembahan yang bersemangat yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia membuatkan pasukan Myanmar tewas .

Keadaan padang yang basah di Stadium Sultan Mohammed Ke IV menyebabkan kedua-dua pasukan tampak susah untuk mengawal bola dan mencacatkan permaianan.

Gol Pertama Malaysia di jaringkan oleh pemain Selangor, Amirulhadi Zainal apabila hantaran dari belah kiri Myanmar oleh Badrul tidak dapat ditanduk kemas oleh pertahanan Myanmar menyebabkan peluang terbuka kepada Amirulhadi untuk menjaringkan gol.

Gol kedua juga seakan-akan seperti gol kedua. Apabila hantaran silang dari pemain Malaysia ke tengah gagal dikeluarkan kemas oleh pertahanan Myanmar. Saksikan Highlights dan Gol yang dijaringkan oleh pasukan Malaysia pada perlawanan persahabatan.Enjoicee!

Gol Pertama Malaysia : Amirulhadi Zainal




Gol kedua Malaysia : Badrul Bakhtiar

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Video - Malaysia Vs Myanmar Live Stream (Siaran Secara Langsung)

Pada hari ini 18 Jun 2011, pasukan Malaysia akan bertemu Myanmar dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mohamad Ke-4. Kepada yangtak dapat tengok secara live di astro arena, korang boleh tengok video Malaysia Vs Myanmar Live Stream disini.

Pada perlawanan persahabatan ini, jurulatih Malaysia, K. Rajagobal meletakkan penyerang yang bermain untuk pasukan Selangor, Abdul Hadi Yahya setelah penyerang sensasi Malaysia masa kini,Norshahrul Idlan Talaha dilanda kecederaan.

Aku berharap perlawanan diantara Malaysia vs Myanmar ini berjalan dengan lancar dan agar penyokonG Malaysia yang menonton menjaga tatatertib anda di stadium.

Link perlawanan Malaysia vs Myanmar live stream boleh dilihat di sini.




Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Keputusan Perlawanan Liga Super 14 Jun 2011

Pasukan Kelantan masih lagi menjadi pendahulu liga Super dengan 53 mata diikuti Selangor 51 mata dan tempat ketiga adalah Juara Piala FA 2011 iaitu Terengganu dengan 50 mata.

Berikut adalah keputusan Liga Super bagi perlawanan kedua terakhir. Perlawanan terakhir adalah pada hari sabtu, 18 Jun 2011.

Kelantan 1-0 Perak
Selangor 2-1 Felda
Terengganu 3-2 T-Team
Kedah 1-1 N.Sembilan
Johor FC 2-1 Pahang
Perlis 0-1 Sabah

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Jadual Perlawanan Liga Super 14 Jun 2011

Berikut adalah jadual perlawanan bagi Liga Super pada hari Selasa 14 Jun 2011.

Terengganu Vs PBDKT T-Team
Kelantan Vs Perak
Johor FC Vs Pahang
Selangor Vs Felda United
Kedah Vs Negeri Sembilan
Perlis VS Sabah

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Kedudukan Liga Super Terkini 14 Jun 2011

Screenshot di atas adalah kedudukan Liga Super sebelum perlawanan esok iaitu pada hari Selasa 14 Jun 2011. Mari beramai-ramai penuhkan stadium esok!


Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Kelantan 1-2 Terengganu Highlights Final Piala FA 2011

Saksikan video perlawanan akhir Kelantan Vs Terengganu yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 11 Jun 2011. Perlawanan ini dimenengi oleh pasukan Terangganu dengan jaringan 2-1.

Pemain yang menjaringkan gol:
79' Nurul Azwan Roya
90'+ Gol Sendiri Daudsu
100+ Nordin Alias















Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala FA 2011


Final Piala FA sudah pun tamat sebentar tadi yang dimenangi oleh pasukan Terengganu dengan jaringan 2-1.

Highlights Perlawanan akhir Piala FA

Perlawanan akhir Piala FA ini aku tengok di televion sahaja. Apa yang aku boleh katakan, game memang sepenuhnya memihak kepada Kelantan dan Terengganu cuma membuat serangan balas sahaja.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling membuat serangan tetapi tidak mempunya penyudah yang tajam. Penyerang Kelantan, Idlan Talaha tidak banyak menerima bola dari barisan tengah dan pertahan dan membuat beliau tidak wujud pada pada perlawanan ini.

Pada Separuh Kedua pula, kedua-dua pasukan sudah mula bangkit dan memperkemaskan hantaran dan tahanan bola ketika membuat serangan. Gol pertama Kelantan dihasilkan oleh pemain sayap kiri Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke 79. Gol yang sangat cantik worldclass dihasilkan oleh beliau. Beliau menerima hantaran dari Mohd Shakir Shaari dan terus 1 vs 1 dengan penjaga gol Terengganu dan membuat chipping yang menarik menewaskan Sharbinee.

Kelantan hampir meranapkan pasukan Terengganu untuk kejuaraan Piala FA tahun ini, tetapi pada 4 minit masa tambahan diranapkan dengan gol penyamaan oleh Mohd Dudsu dan membawa perlawanan ke masa tambahan.

Nordin Alias muncul wira apabila membolosi gawang dan memastikan Terengganu muncul Juara Piala FA Malaysia tahun ini. Pemain terbaik perlawanan adalah kapten pasukan Terangganu, Marzuki Yusof.

Highlights Video perlawanan boleh lihat di sini.

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Siaran Langsung Kelantan Vs Terengganu (Final Piala FA 2011)


Saksikan Final Piala FA secara langsung di hfz-epl.blogspot.com. Aku akan sediakan video live streaming di bawah untuk korang kalau nak menonton di internet. Selain itu, kepada pelanggan Astro, korang boleh menonton di channel Astro Arena 801 dan di RTM TV1.

Perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Sukan Bukit Jalil ini pasti akan menyajikan aksi-aksi yang menarik.

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Pemain Perlis Disyaki Mengambil Rasuah?


Seperti yang aku katakan di post yang sebelum ini, aku mengesyaki perlawanan diantara Selangor dan Perlis mengandungi unsur-unsur rasuah. Ini kerana jumlah jaringan yang tak masuk akal Perlis tewas 7-1 kepada Selangor!!

Penolong jurulatih Perlis, Azamri Zali juga berasakan sesuatu yang tidak kena berlaku dalam perlawanan Liga Super itu. Sila baca berita penuh disini.

Aku sangat-sangat tidak menyokong rasuah dan menyeru semua supaya membanteras rasuah daripada memusnahkan liga bola sepak yang kita semua sayangi.


Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

(Video) Terengganu 0-3 Kelantan Highlights & Gol

Perebutan Liga Super kali ini nampak sengit apabila Kelantan, Terengganu dan Selangor masing-masing mempunyai harapan untuk memenangi Liga pada tahun ini.

Kelantan berjaya mendahului terengganu untuk tempat teratas liga super dengan kemenangan ke atas Terengganu dengan beza jaringan 3-0. Saksikan Highlights dan gol-gol yang dijaringkan oleh pasukan Kelantan.

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

(Video) Kemboja 1-0 Malaysia Highlights dan Gol

Squad Olimpik Malaysia tewas pada perlawanan persahabatan di Phnom Penh menentang Pasukan Olimpik Kemboja dengan jaringan 1-0. Pada perlawanan ini, Malaysia mempunyai banyak peluang tetapi tidak menmjumpai penyudah.

Saksikan highlights video Malaysia vs Kemboja di bawah.

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Keputusan Liga Super 06 Jun 2011 - Pasukan Perlis Ada Ambil Rasuah?

Barisan pasukan Perlis tahun 2010

Sungguh besar jumlah jaringan pada minggu ini. Aku macam syak Perlis punya team macam ada 'jual game' je. Pihak pengurusan bola sepak perlis tak ada buat tindakan apa-apa ke?

Tidak mungkin perlis yang dikatakan mempunyai pemain yang berpengalaman boleh tewas dengan jumlah jaringan yang amat besar sekali iaitu 7-1 dengan pasukan Selangor. Mungkin something wrong somewhere di dalam pasukan Perlis sekarang ni. Aku harap dapat tonton gol-gol yang dijaringkan oleh pasukan Selangor.* -__- Postmortem*

Senarai penuh pemain Perlis Musim 2011:

Azmizi Azmi, Hairol Fazreen Abu Hassan, Phul Sakh a/l Lom, Mohd Faiz Subri, Wan Khairul Faiz Kamaruddin, Mohd Amirul Subri, Muhamad Alif Aswat Baharin, Wan Mohd Syukri Wan Ahmad, Mohd Hafiz Abu Bakar, Mohd Hazwan Zainun, Hizbullah Awang, Muhammad Munawwar Shvukath Ali, Samransak a/l Kram, Mohd Farizal Rozali, Mohd Hisyam Mohd Shofi, Hadi Syahmi Hamzah, Mohd Fadli Baharum, Mohd Sany Mat Isa, Syed Mohd Abd Ghafar Syed Amir, Mohd Rozaidi Abd Rahim, Muhammad Ezat Emir Harizam, Wan Raim Othman, Mohd Hafiszuan Salehuddin dan Reza Iqrimal Redzawan.

Jurulatih Perlis musim ini ialah Mosthakeen Omar dan penolong jurulatih ialah Azamri Zali manakala seorang ahli perniagaan, Azahar Ahmad dilantik sebagai pengurus dan Hamunir Hamzah sebagai penolong pengurus.

Berikut adalah keputusan perlawanan dan kedudukan liga Super selepas perlawanan tamat pada hari ini. Kelantan mendahului liga apabila menewaskan Terengganu dengan jumlah jaringan 3-0.

Keputusan Perlawanan Liga Super

Felda United FC 1 vs 2 Kedah
Johor FC 1 vs 1 Perak
Negeri Sembilan 4 vs 0 T-Team
Selangor 7 vs 1 Perlis
Terengganu 0 vs 3 Kelantana

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Video Malaysia VS Hong Kong 1-1 Highlights dan Gol


Agak lambat aku update kali ini kerana minggu lepas aku bercuti di Singapura. Heehee. Aku mengikuti juga keputusan perlawanan ini secara live di twitter berikutan tiada siaran langsung di tv mahupun secara live streaming.

Malaysia mengikat Hong Kong 1-1 di Stadium Siu Sai Wan, Hong Kong malam tadi.Hong Kong terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-59 menerusi tandukan Chan Siu Ki.

Tujuh minit kemudian Malaysia menyamakan kedudukan hasil jaringan penyerang berbisa Terengganu, Abdul Hadi Yahaya yang masuk sebagai pemain gantian pada penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Saksikan jaringan yang dihasilkan ketika Malaysia menentang Hong Kong yang keputusannya berakhir dengan seri 1 sama.




Krediat Video kepada sokernet.com

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Siaran Langsung Online Hong Kong Vs Malaysia - Persahabatan

Safee Sali ketika menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam

Perlawanan persahabatan antarabangsa diantara pasukan Malaysia dan Hong Kong akan berlangsung pada hari Jumaat, 3 Jun 201 di Stadium Siu Sai Wan Sports Ground (Chai Wan) di Hong Kong.

Perlawanan ini tiada liputan secara langsung dari Astro Arena kerana mengikut info yang aku dapat, tiada satu stesen tv di Hong Kong yang membuat liputan.

So, kepada peminat-peminat pasukan bola sepak Malaysia, korang jangan risau sebab kita boleh tengok perlawanan ni secara langsung menerusi video live stream. Korang harap-harap la ada link video tersebut esok.

Untuk menonton perlawanan Hong Kong vs Malaysia, klik link ini.

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

Related Posts with Thumbnails
back to top