Video Malaysia VS Hong Kong 1-1 Highlights dan Gol


Agak lambat aku update kali ini kerana minggu lepas aku bercuti di Singapura. Heehee. Aku mengikuti juga keputusan perlawanan ini secara live di twitter berikutan tiada siaran langsung di tv mahupun secara live streaming.

Malaysia mengikat Hong Kong 1-1 di Stadium Siu Sai Wan, Hong Kong malam tadi.Hong Kong terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-59 menerusi tandukan Chan Siu Ki.

Tujuh minit kemudian Malaysia menyamakan kedudukan hasil jaringan penyerang berbisa Terengganu, Abdul Hadi Yahaya yang masuk sebagai pemain gantian pada penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Saksikan jaringan yang dihasilkan ketika Malaysia menentang Hong Kong yang keputusannya berakhir dengan seri 1 sama.




Krediat Video kepada sokernet.com

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
back to top