Keputusan Perlawanan Akhir Piala FA 2011


Final Piala FA sudah pun tamat sebentar tadi yang dimenangi oleh pasukan Terengganu dengan jaringan 2-1.

Highlights Perlawanan akhir Piala FA

Perlawanan akhir Piala FA ini aku tengok di televion sahaja. Apa yang aku boleh katakan, game memang sepenuhnya memihak kepada Kelantan dan Terengganu cuma membuat serangan balas sahaja.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling membuat serangan tetapi tidak mempunya penyudah yang tajam. Penyerang Kelantan, Idlan Talaha tidak banyak menerima bola dari barisan tengah dan pertahan dan membuat beliau tidak wujud pada pada perlawanan ini.

Pada Separuh Kedua pula, kedua-dua pasukan sudah mula bangkit dan memperkemaskan hantaran dan tahanan bola ketika membuat serangan. Gol pertama Kelantan dihasilkan oleh pemain sayap kiri Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke 79. Gol yang sangat cantik worldclass dihasilkan oleh beliau. Beliau menerima hantaran dari Mohd Shakir Shaari dan terus 1 vs 1 dengan penjaga gol Terengganu dan membuat chipping yang menarik menewaskan Sharbinee.

Kelantan hampir meranapkan pasukan Terengganu untuk kejuaraan Piala FA tahun ini, tetapi pada 4 minit masa tambahan diranapkan dengan gol penyamaan oleh Mohd Dudsu dan membawa perlawanan ke masa tambahan.

Nordin Alias muncul wira apabila membolosi gawang dan memastikan Terengganu muncul Juara Piala FA Malaysia tahun ini. Pemain terbaik perlawanan adalah kapten pasukan Terangganu, Marzuki Yusof.

Highlights Video perlawanan boleh lihat di sini.

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
back to top