Live Stream Malaysia Vs Kemboja Keputusan Penuh Sukan Sea 2011 Indonesia


Skuad bolasepak Malaysia atau Harimau Malaya sudah pun melakar kemenangan pertama yang penuh bermakna dengan mengatasi Thailand 2-1 Rabu lalu. sebelum itu skuad Kim Swee hanya sekadar seri 0-0 menentang Singapura . Hari ini sekali lagi skuad negara akan turun menentang pasukan Kemboja. Walaupun kemboja dikatakan pasukan yang terlemah di dalam kumpulan A, namun seharusnya Kim Swee perlu mengambil berat akan perlawanan ini bagi memastikan skuad Harimau Malaya layak ke Separuh Akhir. Skuad bola sepak kebangsaan digesa tidak memandang ringan perlawanan menentang Kemboja di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta hari ini.

Kemboja sebelum ini tewas 6-0 kepada pasukan Tuan rumah Indonesia dan tewas 1-2 di tangan singapur. Bagi Kim Swee menentang Kemboja boleh dijadikan medan menguji dan mengasah jentera serangan skuadnya,tetapi taktikalnya mestilah menjamin kemenangan ke atas Kemboja. Jika tewas..Malaysia sekali lagi mencari laluan sukar dimana perlu menewaskan Indonesia. Sudah tentu Kim Swee mahu mengelakkan bencana ini daripada berlaku,dan Kemenangan ke atas kemboja adalah kunci Malaysia ke separuh akhir.

Bagi jentera tengah Malaysia ,pemain remaja meningkat naik iaitu Nazmi seharusnya diberi peluang untuk sekali lagi menjadi starting eleven menentang kemboja bagi membiasakan dirinya dengan perlawanan2 besar seperti ini.

Apapun…Ayuh Malaysia!..kuatkan semangat dan bermainlah bermati-matian bagi meneruskan kemaraan mempertahankan kejuaraan..Rakyat Malaysia berada sepenuh hati menyokong skuad Malaysia..

Jadi mari kita saksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia vs Kemboja jam 4.45 petang ini..semoga pasukan negara akan mencapai kemenangan menentang Thailand nanti.

SEA GAMES 2011
PERLAWANAN KETIGA
MALAYSIA vs KEMBOJA
(13 NOVEMBER 2011, 5.00PM WAKTU MALAYSIA)
STADIUM GELORA BUNG KARNO, SENAYAN, INDONESIA

Bagi sesiapa yang ingin menonton perlawanan Malaysia vs Kemboja Live Streaming anda boleh menontonnya di laman web rasmi RTM.

Perlawanan Malaysia vs Kemboja Live Streaming Boleh Tonton Di Sini.

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
back to top