(Video) Malaysia Vs Bahrain 2-3 Highlights & Gol

Malaysia Vs Bahrain Full Highlights 


Perlawanan ini adalah perlawanan yang sangat tragis apabila Malaysia tewas selepas mendahului Bahrain 2-0. Pada perlawanan separuh masa pertama, Malaysia berjaya mendahului dengan jaringan pemain muda Malaysia iaitu Nadzmi. Kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh kedua, Bahrain seumpama sudah jatuh ditimpa tangga akibat seorang pemain mereka membuat terjahan keras kepada pemain Harimau Muda dan dilayangkan kad kuning ke-2 pada minit ke 60′ dan beraksi 10 pemain selepas itu. Akibat kejadian itu, Bahrain tampak goyah dan Malaysia meneruskan serangan ke pintu gawang Bahrain. Hasilnya Malaysia Malaysia berjaya menambah satu gol dari Mahali Jasuli pada minit ke 68′ menjadikan 2 kosong. Namun itu tidak sedikit pun mematahkan semangat pemain-pemain Bahrain. Malah mereka menggandakan asakan ke pintu gol Malaysia.

Mungkin terlalu seleasa, pasukan Malaysia di asak bertubi-tubi dan Bahrain dapat menjaringkan 3 gol dalam masa dalam masa 6 minit. Korang boleh bayangkan tak macam mana situasi yang dihadapi oleh pasukan Malaysia ketika mendahului 2 gol kosong? Dalam keadaan itu aku rasa jurulatih Ong Kim Swee sepatutnya menukar taktik dari bertahan sehingga ke minit terakhir. Pada aku la.

Kalau korang macam mana? Bincangkan. Papa pun aku cukup berbangga dengan pasukan Malaysia dan Penyokong setia Malaysia Ultras Malaysia. Korang tahu kenapa. OK di bawah adalah highlights perlawanan Malaysia vs Bahrain. Saksikan Nadzmi uolss!

Sila like page Blog Liga Malaysia di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
back to top